TENTANG PROGRAM

Program Privilege YaPEIM adalah program Kesetiaan dan Keistimewaan dengan ganjaran-ganjaran yang akan anda hargai.

Program ini diwujudkan khas untuk menghargai pelanggan setia kami dengan memberi ganjaran, diskaun dan keistimewaan yang menarik kepada ahli-ahli Privilege YaPEIM seperti pakej umrah, pakej pelancongan, diskaun pembelian secara dalam talian serta banyak lagi.

Terdapat lebih daripada 7 Rakan Niaga (penambahan rakan niaga akan dimaklumkan dari masa ke semasa) Privilege YaPEIM dan juga Rakan Niaga RealRewards dengan lebih daripada 200 cawangan di seluruh Malaysia di mana ahli boleh mengumpul mata ganjaran serta menikmati diskaun yang menarik. Hanya tunjukkan Kad Privilege YaPEIM apabila membayar produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh Rakan Niaga Privilege kami (sila rujuk bahagian Rakan Niaga Kami untuk maklumat lanjut mengenai senarai rakan niaga dan lokasi).

Ini adalah usaha berterusan kami untuk memastikan pengalaman anda dengan Program Privilege YaPEIM akan menjadi satu perkhidmatan yang memuaskan. Lebih banyak Rakan Niaga baru dan tawaran diskaun istimewa yang akan ditawarkan dari masa ke semasa!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian Privicare 1-800-18-3434 atau e-mel kepada privilege@yapeim.my.

Mengenai Kad Privilege YaPEIM

Memperkenalkan kepada anda, Kad Privilege YaPEIM!

Kad Privilege YaPEIM merupakan program Kesetiaan dan Keistimewaan yang di reka khas untuk ahli-ahli Privilege YaPEIM di seluruh Malaysia. Kad Privilege YaPEIM ini telah dilancarkan pada 18 April 2018. Program Kad keistimewaan Privilege YaPEIM ini telah melayakkan ahli-ahli untuk mengumpul Mata Ganjaran ketika mendapatkan perkhidmatan dan skim yang ditawarkan oleh YaPEIM iaitu dirangkaian outlet Ar Rahnu YaPEIM, YaPEIM Gold, Skim Potongan Gaji YaPEIM dan juga rangkaian kumpulan Rakan Niaga YaPEIM yang lain yang akan menyertai program keistimewaan ini dari masa ke semasa.

Ahli Kad Privilege YaPEIM juga akan menikmati Diskaun di semua Rakan Niaga YaPEIM dan RealRewards yang mengambil bahagian (sila rujuk pada bahagian ‘Baucar’ untuk maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun)

Ahli juga bakal menerima pelbagai ganjaran dan perkhidmatan eksklusif daripada Rakan Niaga YaPEIM dari masa ke semasa. Ganjaran terkini akan dimaklumkan di dalam buletin bulanan yang akan diterima oleh ahli melalui e-mel yang didaftarkan di bawah program ini atau ahli boleh layari laman web www.privilegeyapeim.my untuk maklumat terkini mengenai promosi dan tawaran diskaun yang ditawarkan atau hubungi talian Privicare kami di 1800-18-3434.