PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA PRIVILEGE YaPEIM (Rakan Niaga / Rakan Niaga Co-Brand)

Kami menyediakan produk, perkhidmatan dan komitmen di dalam membina hubungan perniagaan bersama Rakan Niaga Privilege atau Rakan Niaga (Co-Brand) kami dengan menyediakan infrastruktur yang lengkap, pelan pemasaran inovatif dan Sistem Program Kesetiaan dengan kos yang efektif.

Peluang perniagaan untuk Rakan Niaga Privilege YaPEIM dan Rakan Niaga (Co-Brand) termasuk :
  • Penebusan di rangkaian kedai Rakan Niaga (In-Store-Redemption) – menjadi pusat penebusan hadiah untuk ahli-ahli Kad Privilege YaPEIM dan mendapat faedah dengan peningkatan trafik pelanggan.
  • Rakan Niaga Privilege – dimana Rakan Niaga menawarkan diskaun dan mata ganjaran, rebat untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda kepada ahli-ahli Kad Privilege YaPEIM.
  • Rakan Niaga (Co-Brand) – program yang direka khas untuk Rakan Niaga yang telah mempunyai Program Kesetiaan untuk ahli-ahli mereka, dan bergabung dengan program Privilege YaPEIM dalam memastikan Rakan Niaga dan ahli-ahli sedia ada mendapat ganjaran yang lebih hebat dan dan meningkatkan keuntungan perniagaan.

Faedah dari Program Perniagaan Bersama :
  • Menggunakan Platform Privilege YaPEIM sebagai saluran komunikasi dan pemasaran yang lebih efektif dan berpotensi meningkatkan lebih ramai pelanggan.
  • Kos operasi yang lebih efektif melalui program Rangkaian Silang (Cross-promotion) dengan Rakan Niaga YaPEIM lain yang telah menyertai program Privilege YaPEIM ini.
  • Pendedahan yang lebih meluas dan memberi kelebihan dalam penjenamaan kepada Rakan Niaga melalui Program Privilege YaPEIM.
  • Privilege YaPEIM bertindak sebagai platform pemasaran kepada Rakan Niaga. Dengan ini, membolehkan Rakan Niaga menumpukan perhatian kepada strategi perniagaan teras mereka.